Minggu, 12 Februari 2012

Khasiat Daun Kucai

Di dalam masyarakat melayu kita amnya menggunakan daun kucai ini sebagai salah satu menu yang wajib ada bagi menyediakan menu hidangan bergoreng. Biasanya antara masakan yang sering kali digunakan didalam masakan daun kucai ini adalah kueh tiew goreng, cucur udang, jemput-jemput dan sebagainya.

Daun kucai memiliki pelbagai khasiat seperti mempunyai vitamin B, vitamin C dan karotin. Bukan itu sahaja malahan ia juga mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit wanita terutama dari segi penyakit keputihan dan sakit senggugut. Bukan itu sahaja malahan ia juga dikatakan berupaya merawat darah tinggi dan membantu melancarkan sistem pembuangan najis dalam tubuh.

Daun kucai mempunyai antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh kuman bakteria dalam usus di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan usus. Bukan itu sahaja malahan ia juga akan melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.

Cara rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi. Apa pun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum melakukannya sendir

Tidak ada komentar:

Posting Komentar